Info UMK

KEMUDAHAN

  
 Asrama Pelajar
 UMK menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar pra-siswazah di tiga kampus. Kemudahan tersebut membekalkan kemudahan asas untuk keperluan pelajar serta akses yang mudah ke kampus dan pusat pembelajaran UMK. Sehingga kini, UMK menyediakan kemudahan kepada 4,000 orang pelajar. Pada sesi kemasukan 2014/2015, kemudahan asrama UMK dijangka akan dapat menempatkan seramai 8,000 orang pelajar dalam satu masa.
  
 
  
  
  
 Perpustakaan
 Perpustakaan UMK menawarkan pelbagai khidmat seperti Pusat Pangkalan Data yang menyediakan akses kepada jurnal-jurnal akademik, khidmat sewaan loker bagi tujuan penyimpanan barangan, fotokopi mesra pengguna, Self Check Out Terminal untuk peminjaman buku segera, book drop untuk pemulangan buku di luar waktu perkhidmatan dan Pengkalan Data mengenai berita terkini daripada Bernama.
  
 
  
 Pengangkutan Dalaman Kampus
 
Bagi memudahkan pergerakan warga UMK, universiti turut menyediakan kemudahan shuttle dari kolej kediaman ke kampus di pelbagai lokasi yang menjadi nadi kepada penghubung antara kampus serta kolej kediaman. Perkhidmatan yang bermula seawal jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam membolehkan pelajar bergerak secara kondusif dari tempat penginapan. Pengangkutan turut disediakan bagi kemudahan pelajar semasa mengikuti kerja lapangan serta menjalankan aktiviti-aktiviti pelajar di merata Semenanjung Malaysia.
  
 
  
 Pusat / Klinik Kesihatan
 
Bagi menjamin kualiti hidup pelajar, kesihatan pelajar turut menjadi agenda utama UMK. Ianya bagi mempastikan pelajar dapat mengikuti pembelajaran tanpa sebarang gangguan kesihatan. Bagi menampung keperluan kesihatan pelajar, UMK menyediakan Pusat Kesihatan di tiga kampusnya dengan keperluan lengkap bagi rawatan biasa dan juga kecemasan.
  
 
  
 Pusat Sukan
 
Bagi mempastikan warga UMK senantiasa sihat, universiti turut menyediakan kemudahan sukan seperti gelanggang futsal, bola keranjang, bola jaring dan gimnasium. Kemudahan dibuka untuk kemudahan pelajar dan kakitangan pada sepanjang waktu beroperasi bermula dari jam 7.00 pagi sehingga 10 malam.
  
 
  
 Kafeteria
 Untuk memenuhi tuntutan seharian, kafetaria turut disediakan bagi pelajar untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah bermula dari pagi sehingga malam. Kafetaria tersebut senantiasa dipantau kawalan kualiti penyediaan makanannya serta harga yang berpatutan. Sebagai langkah menyokong Kelestarian Kampus (Eco-Campus), bermula dari Sesi 2013/2014, UMK akan mengamalkan konsep “Tiada Beg Plastik dan Polistrin di dalam Kampus” dengan memperkenalkan konsep “Mangkuk Tingkat” satu-satunya program yang diadakan di universiti seluruh Malaysia.
  
 
  
 Kemudahan Pembelajaran
 
Bagi menyokong aktiviti pembelajaran di kampus, UMK turut menyediakan kemudahan yang terkini seperti perpustakaan, bilik kuliah, makmal dan akses internet.
  
 Dewan Besar
 
Dewan ini digunakan untuk Majlis Konvokesyen, majlis-majlis rasmi universiti dan untuk aktiviti-aktiviti pelajar.
  
 Bilik Kuliah dan Makmal Pembelajaran dengan akses internet
 Selaras dengan pembangunan UMK, setiap kampus menyediakan kemudahan bilik kuliah dan makmal pembelajaran yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta berhawa dingin. Bilik kuliah dilengkapi dengan kemudahan pengajaran yang terkini, manakala makmal pembelajaran turut dilengkapi dengan peralatan yang moden untuk menyokong pembelajaran yang kondusif seperti makmal bahasa, makmal veterinar, makmal sains dan makmal komputer.
  
 
  
  
 Kemudahan Ibadat
 UMK turut menyediakan kemudahan ibadat terutamanya surau bagi pelajar dan kakitangan beragama Islam. UMK juga turut menyediakan bilik meditasi untuk agama lain yang dikongsi secara bersama bagi tujuan ibadat.
  
 Pusat Kaunseling
  
 Makmal Sains
  
 Makmal Bahasa
  
 Internet Wireless

No comments:

Post a Comment